Kerjaya Alejandro Damián Domínguez

Kerjayanya meningkat bersama-sama dengan pemain elit Argentina, River Plate, tiga kali juara Clausura bersama The Millionaires. Diincar pelbagai kelab Eropah, ia memutuskan untuk pergi ke Rusia dan bergabung dengan FC Rubin Kazan pada tahun 2004.

Ia kemudian bergabung dengan Zenit St. Petersburg menjelang musim Liga Utama Rusia 2007 dengan harga sebanyak tujuh juta poundsterling. Ia membawa pasukan St. Petersburg tersebut ke final Piala UEFA 2007-08, dan menjuarainya.

Pada Mac 2009, FC Rubin Kazan kembali merekrutnya, dimana ia mendapat sejumlah masalah dengan pelatih Dick Advocaat.

Pada akhir 2009, ia bergabung dengan Valencia CF. Dan pada musim panas 2011, ia memutuskan untuk pulang ke kampung di Argentina untuk membantu bekas kelab asalnya sebagai status pinjaman River Plate, yang diturunkan ke dua bahagian buat pertama kali sepanjang sejarah mereka. Alejandro muncul 33 kali dan mencetak 5 gol.